Jom Jadi SERV Partner

Jangan Lepaskan Peluang Anda Untuk Sertai Serv!

Fleksibel • Jana Pendapatan • Cipta Pengalaman

SERV

Apakah Serv dan Serv Partner

Serv adalah satu syarikat yang menyediakan konsep servis kereta di mana-mana sahaja.

Kami mengamalkan konsep pengkongsian ekonomi, di mana kami tidak mengupah sebarang mekanik dalaman. Kami akan berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pelanggan kepada Serv Partner.

Serv akan menyediakan laman web serta aplikasi telefon pintar yang akan membantu untuk menghubungkan pelanggan dengan perkhidmatan servis kereta oleh Serv Partner.

Dalam erti kata lain, Serv Partner tidak bekerja untuk kami dan akan bekerja untuk diri sendiri.

Anda yang menentukan jadual bekerja mengikut keselesaan anda. Serv Partner adalah individu yang berdaftar dengan Serv. Berikut adalah golongan yang layak untuk mendaftar sebagai Serv Partner:

o Graduan Automotif

o Mekanik

o Individu yang berpengalaman dalam industri servis kereta

Berminat untuk menyertai kami sebagai Serv Partner?

Berikut adalah kelebihan menyertai Serv

Fleksibel

Anda boleh bekerja di mana dan bila-bila anda mahu. Anda juga boleh memilih untuk bekerja secara sambilan atau sepenuh masa. Umpamanya, anda menjadi bos anda sendiri.

Menjana pendapatan

Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi Serv Partner. Pendapatan yang dijana akan bergantung kepada jumlah servis yang anda dilakukan, sesuai bagi mereka yang bercadang untuk menjadikan Serv sebagai sumber pendapatan utama atau sekadar untuk menjana pendapatan tambahan.

Dapat meningkat ilmu dan teknik servis kereta

Anda akan menjadi lebih berpengalaman dalam industri servis kereta kerana anda akan didedahkan kepada pelbagai model kenderaan.

Serv Partner berkata:

“Saya gembira kerana dapat membantu menyelesaikan isu servis kenderaan penguna. Dengan menjadi Serv Partner, saya dapat menjana ekonomi secara fleksibel dari segi masa & lokasi sambil mendapat komen-komen daripada pengguna. Ini amat berguna dalam meningkatkan mutu servis saya.”

SP Fahmi

SERV Partner

“Saya suka berkhidmat dengan SERV kerana saya dapat bekerja pada waktu fleksibel dan saya amat gembira bila dapat membantu pelanggan menguruskan masa apabila kenderaan mereka sedang diservis.”

SP Faiz

SERV Partner

Mari Mendaftar Sebagai Serv Partner Harini!

Untuk menjadi Serv Partner, sila tekan butang di bawah dan isi maklumat anda.

*Penafian: Sila tunggu beberapa hari bekerja untuk kami hubungi anda. Dengan berdaftar, anda memberi kuasa kepada Serv.my dan ejen terlibat untuk memproses maklumat anda. Pemberian maklumat palsu akan membolehkan anda diberhentikan dari menjadi Serv Partner pada bila-bila masa.