5 PUNCA KERETA BERGEGAR KETIKA MEMANDU DAN CARA MENGATASINYA

Kebanyakan pengguna kereta sering berhadapan dengan masalah di mana kereta bergegar setiap kali  menghidupkan enjin, mahupun ketika memandu di jalan raya. Namun begitu, pemandu selalu tidak ambil peduli tentang hal tersebut, lebih-lebih lagi bagi yang kurang mahir tentang masalah ini. Di sini kami ingin berkongsi lima punca utama yang menyebabkan kereta bergegar.

1.Masalah Enjin

Kadangkala gegaran berpunca  daripada bahagian enjin disebabkan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan tidak mencukupi untuk membolehkan kereta bergerak lancar. Simpton gegaran berpunca  akibat masalah enjin dapat dikesan melalui:

• Kereta berketar (jerking) semasa memecut

• Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning

• Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku

Cara menyelesaikannya adalah dengan menggantikan spark plug lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar spark plug sama ada disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin.

2.Masalah Gandar (Axle)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik. Kerosakan gandar sering terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran terutamanya apabila memecut laju.

• Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft). Bagi kenderaan pacuan empat roda (RWD), sebahagian besar bahagian berputar berfungsi untuk memindahkan kuasa enjin ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku.

• Pemeriksaan kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV). Kereta tidak bermasalah jika ‘but’ getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, mengapit (clamp) selamat dan tiada bendalir bocor. Namun, jika ‘but’ koyak, habuk dan kotoran akan masuk dan merosakan sendi.

Similar Posts