4 TIPS PENJAGAAN PENGHAWA DINGIN KERETA ANDA

Tahukah anda, selain bahagian enjin kereta, air-cond atau penyaman udara anda juga perlu sentiasa diperiksa dan diservis secara berkala. Terdapat beberapa bahagian yang perlu diperiksa bagi memastikan tahap kualiti air-cond berada dalam keadaan yang baik. Antara empat tips penjagaan aircond adalah:

i. Periksa kebocoran aircond sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan menggunakan air sabun dan siramkan pada paip aircond. Hal ini bagi memastikan tiada kebocoran yang berlaku dan mengekalkan tahap kepuasan aircond.

ii. Pastikan aircond tidak dihidupkan terus apabila enjin dihidupkan. Biarkan enjin panas selama 2-3 minit, hidupkan aircond dan tunggu selam 2-3 minit untuk memulakan perjalanan.

iii. Pastikan bahagian belt aircond sentiasa diperiksa supaya tidak kendur kerana ia boleh merosakkan compressor.

iv. Pastikan aircond dimatikan sebelum mematikan enjin.

Untuk memastikan perjalanan anda selesa terutamakan perjalanan yang mengambil masa yang lama, servis aircond kereta mengikut jadual adalah wajib. Antara kelebihan utama apabila anda servis penghawa dingin kereta anda adalah seperti berikut:

• Memanjangkan tempoh hayat alat ganti yang berkenaan

• Keadaan persekitaran kereta lebih menyegarkan

• Memberi keselesaan semasa memandu

• Menjamin keselamatan dengan udara yang bersih

Servis kereta anda dengan SERV untuk penjimatan dan 22 checkpoint percuma.

Similar Posts